Kebiasaannya di hujung tahun ini, Malaysia akan mengalami musim monsun Timur Laut di mana hujan yang lebat bakal berlaku di bahagian negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, pantai barat Sabah & Sarawak.
Apabila masuk musim monsun sahaja, pekerja-pekerja yang bekerja di “offshore” juga tidak terlepas daripada risiko yang lebih berbahaya daripada biasa. Cuaca yang buruk akan menghasilkan hazard yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini boleh berlaku.
Cabaran Dan Peluang Kerjaya Yang Menarik />
Musim monsun yang tidak menentu akan menghasilkan laut yang bergelora dan berombak lebih daripada biasa. Ombak yang kuat boleh menyebabkan kapal-kapal yang bekerja di “offshore” menjadi tidak terkawal dan potensi pelanggaran sama ada kapal dengan kapal ataupun kapal dengan pelantar minyak boleh berlaku.
Pekerja Pelantar Minyak Diwajibkan Jalani Kuarantin • Motoqar
Angin kuat dan diikuti dengan ombak kuat akan menyebabkan barang yang diangkat dengan kren menjadi tidak terkawal dan berpotensi untuk jatuh ke bawah.
Jika tidak kena masa dan tempat, barang yang terjatuh boleh terhempap pekerja yang bekerja di bawah dan risiko kematian boleh berlaku. Jika bernasib baik, hanya kerosakkan barang sahaja, tetapi ini akan merugikan syarikat.
Apa sahaja objek atau barang-barang yang tidak di diikat dengan rapi semasa ia disimpan di atas kapal lebih mudah untuk tercampak apabila berada dalam situasi kapal yang bergoyang ketika cuaca buruk di laut.
Kehidupan Laut Jadi Impian? Gambaran Rutin Harian Pekerja Di Pelantar Minyak
Barang-barang atau objek yang tercampak ini tidak akan mengenal siapa mangsanya sekiranya ada pekerja berada berdekatan dengan objek tersebut, kalau nasib tidak baik pasti akan terkena tujahan barang-barang atau objek yang tercampak tersebut.
Jika objek atau barang-barang tersebut adalah kecil, mungkin kecedaran yang dialami tidak terlalu teruk, tetapi bagaimana pula dengan objek yang lebih besar?
Jatuh dari tempat tinggi juga boleh berlaku pada cuaca baik, tetapi risikonya akan betambah lebih tinggi apabila bekerja pada cuaca yang kurang baik. Apabila hujan lebat, kebiasaannya permukaan lantai atau platform bekerja akan menjadi lebih licin.
Berkelana' Di Telaga Minyak
Sekiranya tidak berhati-hati, silap haribulan boleh tergelincir dan menyebabkan jatuh dari tempat tinggi. Kecederaan yang dialami mungkin sangat teruk dan berpotensi menyebabkan kematian.
Insiden ini adalah yang sering terjadi ialah apabila pekerja ingin melakukan boat transfer sama ada secara manual dengan menggunakan “swing rope” atau secara “transfer basket”.
Keadaan “platform” dan deck kapal yang tidak sekata serta keadaan bergoyang, menyukarkan pekerja untuk mengagak “platform” yang ingin dipijak dan juga tidak seimbang. Ini berpotensi menyebabkan pekerja tersilap langkah dan terjatuh ke dalam laut.
Fakta Best Tentang Kerjaya Di Sektor Oil & Gas
Bagi kerja pemindahan pekerja menggunakan “transfer basket” pula, ianya menggunakan kren untuk mengangkat alat pemindahan tersebut. Apabila menggunakan “transfer basket” semuanya bergantung kepada kemahiran operator yang mengendalikan kren semasa kerja pemindahan pekerja.
Apabila melakukan pemindahan menggunakan “transfer basket” sewaktu cuaca buruk, pelbagai perkara boleh berlaku dalam sekelip mata dan banyak insiden yang berlaku ketika pemindahan ini menyebabkan pekerja yang dipindahkan itu tercedera, jatuh ke laut dan paling teruk adalah kematian.
Setiap perkara yang tidak diingini boleh dicegah dan insiden yang dinyatakan pasti dapat dielakkan. Pekerja harus sentiasa waspada dan sedar akan keadaan sekeliling terutama apabila bekerja dalam keadaan cuaca buruk di offshore.
Insiden Yang Kerap Berlaku Apabila Bekerja Di “offshore” Dalam Keadaan Cuaca Buruk
Prosedur Henti Kerja atau “Stop Work” harus sentiasa diamalkan sekiranya keadaan kerja terlalu berbahaya atau berisiko tinggi. Semoga yang sedang bekerja di laut dalam keadaan cuaca buruk sentiasa tabah dalam mengharungi cabaran kerja.
Seorang Safety and Health Professional yang ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang OSH, motivasi diri dan buah fikiran yang boleh memberi manfaat kepada semua pembaca.
Air alamsekitar azam2020 burnout covid19 cuaca environment fall health height incident industri insiden jatuh jerebu kerja kerjaya keselamatan kesihatan mbam my journey newyear2020 offshore osh oyk peperiksaan polution sabah safety seminar sho stress tahunbaru2020 tinggi tip weather workingYa, bekerja di pelantar minyak sering dikaitkan dengan gaji yang lumayan, mencecah berpuluh-puluh ribu ringgit. Malah, ada yang menerima gaji ratusan ribu ringgit. Namun, bagi gaji setinggi itu, ia mempunyai harga lain yang anda perlu bayar.
Gaji Offshore Mewah, Tapi Pekerja 'underwater Welder' Ni Dah Lali Dengan 4 Risiko Besar Yang Boleh Bawa Maut!
Selain daripada hidup terasing di tengah-tengah laut, bekerja di pelantar minyak juga mempunyai cabaran yang lebih berat, iaitu terdedah kepada kemalangan yang boleh menyebabkan maut. Ya, ajal itu di tangan Tuhan namun kita haruslah berhati-hati.
Keadaan di pelantar minyak itu sendiri adalah terdedah kepada bahaya yang mana terpaksa diharungi oleh pekerja pelantar setiap hari. ingin berkongsi 5 kemalangan kerap berlaku di pelantar minyak yang boleh menyebabkan kematian.
Menurut laporan CDC, di antara taun 2003 dan 2010 sahaja, lebih daripada separuh daripada jumlah keseluruhan kemalangan maut di offshore berlaku akibat daripada kemalangan pengangkutan.
Mengesan Kebocoran Gas Di Pelantar Minyak
Kemalangan ini terutamanya berlaku melibatkan kemalangan helikopter dan juga pengangkutan air. Kemalangan yang bertangungjawab kepada majoriti daripada jumlah keseluruhan ini terjadi ketika pekerja dan juga peralatan dipindahkan dari, atau ke pelantar minyak.
Kebanyakan peralatan dan mesin yang digunakan dalam pengekstrakan minyak di pelantar minyak adalah sangat berat dan berbahaya. Ia mampu memnyebabkan kecederaan dan juga kematian.
Maklumat dari CDC menunjukkan lebih daripada 16% kemalangan di pelantar minyak dan industri gas adalah melibatkan mesin-mesin dan peralatan yang berat. Ia juga menyebabkan pelbagai jenis kecederaan termasuklah keretakan tulang dan juga kecederaan bahagian kepala.
Gambar Kesukaran Sebenar Mereka Yang Bekerja Di Lautan
Kemalangan melibatkan mesin-mesin ini boleh berlaku dalam pelbagai situasi, dan yang paling kerap berlaku adalah tangan pekerja tersepit atau disedut oleh peralatan yang sedang beroperasi. Mereka juga terdedah dengan risiko terperangkap di antara objek atau peralatan yang berat menyebabkan kecederaan serius.
Antara yang paling kerapt berlaku termasuklah kebakaran dan letupan, ketika bekerja di pelantar minyak. Kemalangan Deepwater Horizon adalah kemalangan melibatkan letupan yang paling popular yang berlaku pada 20 April 2010 menyebabkan 11 nyawa terkorban dan 17 yang lain cedera.
Penyebab utama kebakaran dan letupan mudah berlaku di pelantar minyak adalah terdapat bahan mudah terbakar, kerja-kerja elektrik dan kimpalan. Jika berlaku kebakaran, adalah amat sukar untuk ianya dikawal dan mengambil masa sehingga berhari-hari untuk dipadamkan, seperti dalam tragedi Deepwater Horizon.
Kehidupan::..: Pelantar Minyak Tu Besi, Tapi Mcm Mana Boleh Terapung?
Pekerjaan ini sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan bahan-bahan kimia berbahaya. Kemalangan yang melibatkan bahan-bahan ini serta persekitaran yang tercemar menyumbang kepada kecederaan dan kematian di pelantar minyak, menurut laporan CDC.
Antaranya termasuklah terdedah kepada hidrogen sulfida yang bebas ketika penggalian minyak, selain bahan-bahan kimia berbahaya yang lain. Selain itu, cuaca buruk yang tak menentu juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan maut.
Seperti di tapak pembinaan, bekerja di pelantar minyak juga terdedah kepada kemalangan jatuh dari tempat yang tinggi. Ia juga menjadi penyebab kematian ketika bekerja di pelantar minyak.
Hamzah Anak Tempatan Pertama Bekerja Di Pelantar Minyak
Bukan sahaja terjatuh dari tempat tinggi, malah terjatuh dari tingkat yang sama juga boleh menyebabkan kematian. Antara penyebab utama kepada kemalangan ini adalah keadaan cuaca yang teruk dan juga kecuaian.
Jadi, bekerja di pelantar minyak adalah sangat mencabar mental dan fizikal. Dan tiada apa yang lebih penting daripada menjaga keselamatan. Dengan tidak mementingkan keselamatan, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Apakah Fungsi Rambut Halus Pada Tayar Kenderaan? Perbualan Dengan AI : Apa Pandangan ChatGPT Tentang Dirinya Sendiri? 5 Sebab Lagu 'Malaysia Madani' Kurang Sesuai Dijadikan Lagu Patriotik 5 Kontroversi Tuan Rumah Kemboja Dalam Penganjuran Sukan SEA ke 32
Pekerja Pelantar Minyak Petronas Terkandas Di Laut Andaman, Myanmar
6 Idea Yang Bagus Untuk Kawal Tabiat Bahaya Penunggang Motorsikal 8 Syarikat Minyak Dan Gas Paling Bernilai Di Dunia Tahun 2019 Senarai Biasiswa Penuh Pengajian Dalam & Luar Negara Peringkat Diploma, Ijazah, Sarjana & PhD Peniaga nak buang harga, buanglah. Produk saya dah sampai Everest