senarai kerjaya dalam bidang sains sosial

senarai kerjaya dalam bidang sains sosial

Salam Semua…. Dah lama tak post dalam ni.. agak busy.. banyak hal yang berlaku, termasuk kematian Tokwan (datuk) aku sendiri, sebelah mak, yang merupakan antara individu yang banyak memberi inspirasi kepada aku…. Now, get back to business..

Antropologi dan Sosiologi, peluang pekerjaan.. selepas post dalam blog aku mengenai Kos Sosiologi dan Antopologi ini, ada yang ingin bertanyakan tentang kos ini pada aku..so, aku ketakkan no telefon aku pada komen di situ, tak sangka ramai yang wassap bertanya.. Dan antara soalan paling famous yang aku terima adalah “Apakah Peluang Pekerjaan bagi Kos Ansos Ni..?”.. yang bertanya banyaknya dari kalangan pelajar STPM da nada juga dari Diploma, sebahagian kecil dari Matrik… Ok, Secara jujurnya, aku tidak lah begitu pandai dalam bab pekerjaan ni, tapi aku cuba la, sebab aku sendiri masih belum berada dalam pekerjaan yang berkaitan secara langsung dengan kos ANSOS ni..

SangDalam Bidang Sains Sosial />

Secara Fakta, jujur dan Kebenarannya, peluang pekerjaan di Malaysia yang melibatkan kos Ansos secara langsung ini sebenarnya tidak banyak… Bukan sahaja pada bidang Ansos, tetapi juga bagi kebanyakkan bidang Sains Sosial / Sains Kemanusiaan.. Ini kerana melihat pada situasi Negara Malaysia, tidak seperti Negara lain yang sudahpun kukuh dari segi kewangan dan lain-lain, Malaysia masih belum stabil dari banyak perkara termasuk teknologi, ekonomi dan politik. Oleh itu, kebanyakkan dana, budget dan kawangan Negara disalurkan kepada perkara lain seperti infrastruktur untuk rakyat, teknologi, pendidikan dan lain-lain. Sumber kewangan untuk menampung pekerjaan yang berkaitan Sains Sosial di Malaysia kurang, menyebabkan jawatan-jawatan berkaitan Sains Sosial agak kekurangan.

Syarat Kelayakan Kemasukan Ke Tingkatan 6: Jurusan Sains, Sains Sosial

Jawatan-jawatan yang aku maksudkan ini bukan lah jawatan-jawatan yang berkaitan teknikal, ini kerana kebanyakkan bidang-bidang sains sosial lebih kepada bidang teori dan falsafah, management, dan research. Jika ada pun bidang teknikal, ianya tidak lah banyak. Kebanyakkan bidang-bidang pure sains sosial ini melibatkan research, kajian dan penyelidikkan. Ada juga sedikit bidang teknikal seperti bidang Masscom(mass communication) atau bidang Sosial Media dan bidang Kerja Sosial serta sedikit di bidang Pengurusan Khazanah (Arkeologi, Muzium, Perpustakaan dan Arkib).

Jawatan-Jawatan terutamanya bidang swasta di Malaysia lebih menumpukan kepakaran dan sijil dalam bidang teknikal berbanding teori. Kerana Malaysia pesat membangun dari segi teknologi, pembinaan, pembuatan dan sebagainya. Hanya sebahagian kecil sahaja dalam bidang swasta yang memerlukan sijil dari bidang Sains Sosial dan kebiasaannya melibatkan pengurusan atasan atau Management. Manakala di sektor awam pula, peluang pekerjaan dan jawatan seimbang untuk bidang teknikal dan teori, malah boleh dikatakan bidang-bidang teori dan pengurusan seperti bidang-bidang Sains Sosial dan Bidang Pengurusan hampir mendominasi sektor awam. Walaubagaimanapun, jawatan-jawatan ini tidak dibuka secara banyak, jadi peluang mendapatakan jawatan bagi bidang teori dan pengurusan masih sukar di peringkat sektor awam.

Contohnya, walaupun di Malaysia terdapat agak banyak Muzium awam (muzium yang dikendalikan oleh Jabatan Muzium Negara), namun hanya sebahagian sahaja, terutamanya muzium-muzium besar sahaja yang mempunyai Jawatan Kurator, Penolong Kurator dan Pembantu Muzium. Sedangkan muzim-muzium kecil kebanyakkan diselia oleh Pegawai Am.

Bidang Pengajian Yang Susah Dapat Kerja!

Listen, jangan gabra tak tentu pasal.. ye, peluang pekerjaan yang BERKAITAN SECARA LANGSUNG dengan kos ANSOS dan Sains Sosial ini memanglah tidak banyak, tapi kena faham satu perkara lagi, ADA BANYAK JAWATAN YANG BOLEH DIPOHON TANPA MENGIRA BIDANG yang ada di Malaysia. Pada hemat aku sendiri yang ada beberapa kali pegi interview, isi jawatan kosong ni semua, tak semua jawatan memerlukan spesifik bidang. Ada saja jawatan-jawatan yang tidak melihat sangat background field pendidikan kita, kalau ada Degree sahaja, kira pas dah, janji masa interview tu anda yakin dan boleh buat dengan baik. Banyak je jawatan lain yang boleh dipohon terutamanya bidang-bidang pengurusan atau management. Majikan masa tu tak tengok sangat kos yang kita ambil, janji ada degree dengan pointer yang ok la, pegi interview dengan ok, isi boring-borang dan jawab ujian-ujian (sesetengah interview memerlukan ujian bertulis juga) dengan betul dan baik, IN SHA ALLAH anda boleh je bekerja dalam mana-mana bidang.

Okay, sekarang tentu anda semua nak tahu apa antara peluang pekerjaan dan jawatan yang boleh dan sesuai dipohon yang berkaitan secara langsung atau sedikit sebanyak melibatkan Kos Antroplogi dan Sosiologi, kan? Yang Tertinggi, terdekat, atau jawatan paling utama secara langsung dengan Bidang Antropologi dan Sosiologi tentu sekali di bahagian pensyarah dimana ia melibatkan penyelidikkan dan peyebaran ilmu secara langsung. Pendek kata Pensyarah adalah ibu jawatan yang terapat dengan Subjek Antropologi dan Sosiologi. lain-lain bidang penyelidikkan sains sosial juga bermula dari pensyarah termasuklah ahli arkeologi, ahli falsafah, ahli Mitologi dan Folklorist dll.. Selain itu, ada juga jawatan di sektor awam dan sektor swasta yang boleh dipertimbangkan sebagai yang berkait rapat dengan kos ini. Ok, ni antara jawatan-jawatannya : -

Bagi Sektor Swasta, tidak banyak jawatan yang berkaitan secara langsung dengan bidang Antropologi dan Sosiologi terutamanya di bahagian penyelidikkan. Namun ada satu peluang jawatan dalam bidang swasta, tidak kira lah sama ada mereka menjual produk mahupun membuat servis, di bahagian kecil R&D atau Research And Development yang mana ada satu jawatan kecil (maaf, aku tak ingat nama jawatan ini) yang mana mereka tidak mengkaji produk yang dihasilkan atau bakal dihasilkan, tetapi mereka ini lebih mengkaji tentang pelanggan dan bakal pelanggan untuk produk mereka. Mengkaji kepuasan pelanggan, latar belakang pelanggan, dll. Namun, kebiasaannya jawatan ini ada dalam syarikat-syarikat gergasi sahaja. Contohnya jika McD hendak membuka satu cawangan di Negara India, Kumpulan ini lah mengkaji tentang penerimaan dan penolakkan isu Daging Lembu oleh masyarakat Hindu di kawasan tersebut.

Kertas Cadangan Minggu Sains Dan Matematik

Bagi Bidang NGO, jangan salah faham, walaupun kita biasa dengar join NGO biasanya sukarela atau sukarelawan yang tidak bergaji, namun ada juga yang sememangnya bekerja dengan NGO dan Bergaji. Malah ada juga sukarelawan yang mendapat elaun tinggi dalam NGO. Antara NGO yang aku biasa dengar yang menggaji bidang Ansos ni adalah World Wildlife Fund (WWF).

Walaupun berbeza dengan bidang Profesional yang lain seperti law, Doktor dan Guru, serta bidang Teknikal seperti Engineer, Arkitek, Mekanik dll, namun bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan terutamanya bidang Antropologi Dan Sosiologi masih boleh bersaing untuk mendapatkan jawatan sama ada di sektor awam mahupun swasta. walaupun tidak banyak peluang pekerjaan yang berkait rapat secara langsung dengan bidang Antropologi dan Sosiologi, namun masih ada jawatan-jawatan kosong yang tidak memerlukan bidang yang spesifik yang membolehkan semua bidang bersaing mendapatkannya. Tidak perlu takut untuk mengejar impian. Jika Anda betul meminati bidang Antropologi dan Sosiologi, mahupun apa juga bidang, jangan takut untuk merapati dan belajar dalam bidang tersebut.....Pasti semua orang terutama graduan lepasan IPT sudah terbiasa dengan istilah Sains Sosial. Menurut A New Dictionari of Sociology (Michell, 1979) secara umumnya istilah Sains Sosial digunakan untuk sebarang pengajian yang berkaitan manusia dan masyarakat.

Bidang Sains Sosial ini merangkumi banyak cabang seperti antropologi, ekonomi, linguistik, sosiologi, komunikasi, pembangunan dan lain-lain. Bidang ini agak popular dalam kalangan graduan yang baru sahaja tamat pengajian. Berminat nak kerja kerajaan tetapi tak tahu jawatan apa yang sesuai dengan bidang sains sosial?

Senarai

Pekerjaan Untuk Jurusan Sains Latihan

Bagi anda yang minat dengan bidang penyelidikan, kerjaya sebagai pegawai penyelidikan sangat sesuai dengan anda. Anda akan bekerja di bawah Kementerian Penerangan sekiranya terpilih bekerja sebagai pegawai ini.

Tugas utama ialah merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisaan maklumat serta penilaiannya ke atas dasar-dasar dan program-program pembangunan negara.

Anda akan bekerja di Agensi Antidadah Kebangsaan dan bertanggungjawab untuk membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Jawatan Pekerjaan Paling Kritikal Di Malaysia Bagi Tahun 2019

Antara tugas seorang pegawai arkib adalah  mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

Apa yang menarik ialah anda boleh bekerja di Arkib Negara yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kerjaya ini sesuai untuk bidang Sains Sosial bagi kursus Sejarah.

-

Antara tugas seorang kurator ialah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.

Ijazah Yang Paling Senang Dapat Kerja Di Malaysia

Pegawai pembangunan masyarakat pula tugasnya adalah melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.

Contohnya, berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan melaksanakan urusan pentadbiran di tempat tersebut. Sekiranya anda berminat dengan program-program yang boleh membangunkan masyarakat, inilah kerjaya yang patut anda pilih.

Ini adalah jawatan yang sangat penting kerana anda sebagai seorang pegawai komunikasi perlulah bertanggungjawab merancang, menganalisis isu-isu berkaitan dasar negara dan isu semasa, mempromosi dasar dan program kerajaan dan memantau isu berkenaan di media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, blog portal dan sebagainya.

Sang Pengembara Kehidupan: Antropologi Dan Sosiologi

Pegawai Tadbir Diplomatik pula tugasnya merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan atau tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri serta pengurusan teknologi maklumat.

-

Anda pernah dengar Dewan Bahasa dan Pustaka? Sebenarnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

 yang mendalam dengan bahasa Melayu, boleh pohon jawatan sebagai perancang bahasa dan anda akan bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tugas perancang bahasa:

Kerjaya Dalam Bidang Sains Teknologi

Selain daripada jawatan-jawatan berkaitan sains sosial di atas, graduan dalam bidang sains sosial juga boleh mohon pelbagai jawatan umum lain yang tidak meletakkan pengkhususan bidang seperti:

Bagi calon yang sudah lama mohon jawatan dalam

LihatTutupKomentar