diploma pentadbiran awam uitm

diploma pentadbiran awam uitm

Sekiranya anda lepasan SPM, baru dapat result UPU, ataupun anda memang nak tahu apa itu Diploma Pentadbiran Awam, maka anda berada di blog yang betul! Saya akan ceritakan 22 point dengan jawapan yang komprehensif.

Hari ini saya berhasrat nak menulis mengenai jurusan yang saya ambil suatu ketika dahulu, iaitu Diploma Pentadbiran Awam (DPA). Saya adalah pelajar DPA di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Kedah dan UiTM Seremban, Negeri Sembilan ( November 2013 - April 2016 ).

Picisan.:

Setelah tamat DPA, saya menyambung Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran - BAS (September 2016 - Julai 2018) , kemudian menyambung lagi Sarjana (Master) Eksekutif Sains Pentadbiran - EMAS (September 2018 - Ogos 2020) dalam fakulti yang sama. Kiranya saya ni memang UiTM Di Hatiku + FSPPP Di Hatiku la. Hahahah.

Persatuan Alumni Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Uitm Semalaysia

Kenapa saya berhasrat nak tulis? Sebab ramai juga yang bertanya mengenai jurusan ni. Lepas pengumuman SPM baru-baru ni pun, ada yang bertanya di media sosial. Alang-alang tu, bolehlah saya tulis sekali di sini. Semua orang boleh baca.

Sekiranya anda nak tahu perjalanan hidup saya sewaktu diploma, boleh baca di SINI . Saya rakamkan detik-detik diploma, jerih-perih, suka duka saya di sini.

Diploma Pentadbiran Awam (DPA) ni ialah jurusan yang merangkumi pembelajaran mengenai pentadbiran dan pengurusan kerajaan secara umum. Pendek kata, anda belajar pasal kerajaan.

Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Di Ipta Seluruh Malaysia

Secara umumnya, bila cakap pasal DPA, semestinya anda akan mempelajari subjek politik Malaysia, undang-undang, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan negara, pengajian dasar-dasar kerajaan dan macam-macam lagi.

Popular soalan ni. Hahahah. Jawapannya, ADA . Walaupun jurusan DPA ni lebih kepada subjek membaca, tetapi subjek mengira tetap ada. Antara contoh subjek pengiraan ialah Statistik, Business Mathematics, Financial Accounting, Cost Accounting dan Economics.

Ni subjek pada zaman saya. November 2013 - April 2016 . Saya yakin dan pasti, ada subjek yang berubah. However, ni listnya untuk gambaran anda semua:

Syarat Kemasukan Diploma Pentadbiran Awam Uitm Lepasan Spm Panduan Pelajar

Kod PAD adalah subjek teras dalam program ni. Subjek PAD ni la yang korang kena banyak hafal dan membaca. Baca tu, kena fahamkan. Faham konsep. Jangan baca dan hafal tanpa faham. Memang struggle nanti nak bertahan sampai habis program.

Jawapan saya, BOLEH . Asalkan anda ada keinginan untuk belajar. Kalau tak faham, tanya kawan-kawan dan pensyarah. Jika kita rasa kita tak faham, banyakkan tanya soalan. Jangan malu, jangan segan. Berikut adalah senario yang saya lalui:

Semasa saya semester 1, saya ambil subjek Financial Accounting. Saya tak ada asas perakaunan. Dulu zaman sekolah, saya aliran sains tulen. Memang menggigil la bila nak belajar perakaunan ni. Disebabkan saya ni zero-knowledge berkenaan perakaunan, maka saya banyak bertanya kawan-kawan, pensyarah, mohon tunjuk ajar mereka dan banyakkan buat latihan. Alhamdulillah, peperiksaan akhir semester 1 diploma, saya dapat A+ untuk subjek Financial Accounting. Tiada yang mustahil.

Ctu152 Kertas Kerja

Perkara yang sama juga berlaku untuk Business Mathematics. Saya ni tak pandai Maths. Zaman sekolah menengah pun, result SPM Add Maths saya C, Math Mod saya B+ je. Saya tak pernah dapat A untuk Matematik sejak Darjah 4. Tapi alhamdulillah, saya juga dapat A untuk subjek Business Mathematics. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) adalah sepenuhnya 100% Bahasa Inggeris. Ini bermaksud, kertas peperiksaan anda adalah dalam Bahasa Inggeris. Nak jawab exam kena guna Bahasa Inggeris.

Ahmad

Tapi, jangan risau, dalam kelas atau kuliah, pensyarah kadang-kadang akan guna juga Bahasa Melayu, especially apabila pensyarah nak bagi contoh ataupun keterangan yang mudah.

Izzati Nadheera: My Diploma Life As Diploma Pentadbiran Awam Students

Kalau lemah Bahasa Inggeris, jangan down. Kita boleh tingkatkan skill kita dari semasa ke semasa. Yang penting, anda kena usaha lebih untuk kuasai Bahasa Inggeris. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan give up!

Dulu saya mantapkan Bahasa Inggeris saya dengan membaca buku Bahasa Inggeris sekolah rendah (UPSR) dan sekolah menengah. Antara buku yang saya selalu baca ialah buku berkaitan idioms and proverbs. Idioms dan proverbs ni macam simpulan bahasa dan peribahasa. Saya baca sebab nak tambah kosa kata dan ayat-ayat power dalam karangan. Haa gitu.

Jangan rasa pelik sebab baca buku sekolah rendah kerana percayalah, anda akan dapat ilmu baharu yang anda sendiri tak sangka. Tambahan pula, nak kuasai Bahasa Inggeris ni, kita kena faham asas dia. Kalau asas dia lintang pukang, memang habis la kita.

Skrip Program Induction 2

Sungguhpun begitu, bila kita mohon DPA, belum tentu kita akan dapat kampus yang kita nak. Semuanya sistem akan tentukan. Kampus ini adalah untuk pelajar full time . Pelajar part time saya tak pasti.

Saya boleh kata, BETUL . Sebab anda akan membaca jurnal, artikel, website, buku, slaid pembentangan untuk dapatkan maklumat-maklumat tertentu. Dalam DPA ni, Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) tu dah macam kitab suci. Hihihi.

Peluang

Tapi program DPA ni, bukan semata-mata menghafal sahaja. Kalau anda mampu hafal, mampu baca tapi tak mampu faham, anda akan struggle sepanjang program DPA ni.

Graduan Uitm Cawangan Sarawak Terima Skrol

Anda kena tahu konsep, carta alir dan sebagainya. Dari pemahaman tu la sebenarnya anda boleh jawab soalan, boleh goreng jawapan dengan betul.

Pemahaman yang power ialah apabila anda boleh menerangkan kepada orang lain mengenai suatu topik tu dalam bahasa yang mudah. Bukan bahasa buku teks.

Sebagai contoh: What Is Public Administration? Public administration is the implementation of government policy and also an academic discipline that studies this implementation and prepares civil employees for working in the public service.[1] As a field of inquiry with a diverse scope whose fundamental goal is to advance management and policies so that government can function.[2] Some of the various definitions which have been offered for the term are: the management of public programs;[3] the translation of politics into the reality that citizens see every day;[4] and the study of government decision making, the analysis of the policies themselves, the various inputs that have produced them, and the inputs necessary to produce alternative policies.[5] The word public administration is the combination of two words—public and administration. In every sphere of social, economic and political life there is administration which means that for the proper functioning of the organisation or institution it must be properly ruled or managed and from this concept emerges the idea of administration. (Wikipedia) Jawapan di atas adalah contoh jawapan macam buku teks. Faham ke tak tu? Bandingkan dengan jawapan ni: Public Administration is a branch of government that implements government policy in federal, state and local government. Public servant is the people who implements it. Public Servant: Penjawat Awam.

Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat (uitm) Usahasam Unikop

Ada orang jenis menghafal semata-mata. Bila waktu exam ataupun waktu presentation, dia gelabah dan tiba2 terlupa apa yang nak dicakapkan / ditulis. Haa, apa nak buat waktu tu? Menggagau la. Memang bungkus la ceritanya. Habis carrymark rendah. Exam failed. Sebab tu pemahaman terhadap suatu topik itu amatlah penting.

Uish, semestinya ada. Hahahah. Semua subjek ada presentation dan assignment. Penulisan dan pembentangan semuanya dalam Bahasa Inggeris, kecuali subjek Pendidikan Islam (CTU). Itu guna Bahasa Malaysia.

Izzati

10. BOLEH BAGI GAMBARAN ASSIGNMENT TAK? Konsepnya sama macam kat sekolah, kita akan dapat homework daripada cikgu. Homework tu dikira assignment lah. Kita akan dapat homework mengikut bab ataupun judul yang kita pelajari. Sama juga macam DPA. Assignment yang anda akan dapat, adalah mengikut silibus yang dipelajari. Cuma uniknya DPA ini ialah, kebiasaannya anda akan dapat assignment berkenaan isu semasa (khususnya subjek kod PAD). Jadi, apa yang akan terjadi ialah, anda perlu relatekan isu semasa tersebut dengan teori, topik yang anda pelajari. Sebagai contoh, pada semester 5, anda akan belajar topik Public Financial Administration (PFA) / Pengurusan Kewangan Negara. GST diperkenalkan pada 1 April 2015. Waktu itu topik GST hangat diperkatakan oleh semua pihak. Maka, sejajar dengan subjek PFA, maka GST dijadikan assignment. Kita perlu bincangkan sama ada GST relevan ataupun tidak untuk pembangunan negara. Sama juga pada semester 4. Anda akan menduduki subjek Malaysian Politics / Politik Malaysia. Anda akan dapat assignment berkenaan isu semasa dan perlu dibentangkan dalam kelas. Waktu saya belajar dulu, topik hudud di Kelantan sedang hangat diperkatakan. Maka itulah tajuk assignment saya pada ketika itu. 11. OKAY... KITA KAN BELAJAR POLITIK. MACAM MANA JIKA FAHAMAN BERBEZA? Satu benda yang anda kena ingat dalam dunia gedung ilmu Diploma Pentadbiran Awam ni, anda kena jadi non-partisan ataupun neutral semasa pengajaran dan pembelajaran. Anda kena matang dalam berhujah. Anda kena berfikiran terbuka dan tak boleh terlalu taksub terhadap satu-satu parti politik. Sebab apa? Sebab kita ni belajar pentadbiran awam. Kita belajar politik. Jika kita nak buat timbang tara yang analisis yang berkualiti, maka kita perlu dengar semua aspek. Anda nak sokong mana-mana parti, silakan. Tapi untuk perbincangan ilmu, sila ketepikan semua sokongan-sokongan anda buat sementara waktu. Minda perlu tenang, realistik dan matang jika nak berdebat. Bukan debat guna emosi.

Tips Dan Cara Orang Dekan Belajar Berkesan

This is the best presentation in 9 years of teaching. I've been waiting so long for this. You guys really made my day! - Sir Mujibu Abd Muis

Pendek kata: C ialah gred minimum untuk lulus Once anda dapat gred C-, maka anda gagal. Bila gagal, anda kena repeat subjek tersebut.

Carrymark atau ongoing assessment bermaksud markah-markah terkumpul daripada assignment, kuiz dan test anda sepanjang semester untuk satu-satu subjek. Dalam DPA, kebiasaannya final exam membawa pemberat 60% dan carrymark membawa pemberat 40%. Maksudnya di sini, sekiranya anda skor final exam 100% sekali pun, anda hanya dapat 60% sahaja. Lagi 40% tu, dalam bentuk carrymark yang saya sebutkan tadi. Jadinya di sini, jangan main-main dengan carrymark tu. 1 markah carrymark boleh jadi penentu anda lulus atau gagal. Itu adalah fakta. Pendek cerita, final exam dan carrymark assessment amat penting.

Program Diploma Universiti Teknologi Mara (uitm)

Saya ada sedikit cerita ringkas pasal carrymark assessment

LihatTutupKomentar