Program diploma tiga tahun ini direka untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran komprehensif dalam operasihotel dan katering serta kemahiran pengurusan dan peribadi untuk berjaya dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat penyeliaan. Dalam seni kulinari, pelajar akan membangunkan kebolehan untuk menunjukkan dan menguruskan produksi makanan mengikut standard antarabangsa yang telah dikenali serata dunia.
Selama tiga tahun, pelajar akan menjalani semua aspek dalam industri hospitaliti seperti kemahiran tinggi dalam penyediaan dapur dan organisasi, pengetahuan produk makanan, pembuatan kuih-muih (patisserie), analisis pancaindera, pembinaan menu, pengurusan makanan dan minuman serta penginapan. Kurikulum juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya.
Dinamik />
Program diploma tiga tahun inidireka untuk menyediakan pelajar denganpengetahuan teknikal dan kemahiran dalam pelancongan. Pelajar dilatih secara khususnyabagi mencapai standard kompetensi teknikal yang tinggi dalam bidang pengurusan dan operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan dan operasi penerbangan, jualan dan pemasaran produk-produk pelancongan, serta dalam pengurusan runcit pelancongan.
Pelancongan Dan Pengembaraan
Selama tiga tahun, pelajar akan menjalani semua aspek dalam industripelancongan seperti kemahiran tinggi dalam pengetahuan teknik-teknik pemandu pelancong, penempahan tiket penerbangan berkomputer, rekreasi terrestrial dan marin, pengurusan MICE dan acara, serta penyediaan bahan interpretasi pelawat. Kurikulum juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya.
Program diploma tiga tahun inidireka untuk menyediakan pelajar dengan peluang untuk membangunkan dan menguruskan acara. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai disiplin kemahiran serta teknologi state-of-the-art untuk digunakan seperti perancangan acara dan rekabentuk, teknologi acara, penjanaan dana, pemasaran internet, pengurusan pelancongan insentif dan projek-projek pengurusan acara.
Selama tiga tahun, pelajar bersedia untuk memainkan peranan pada masa hadapandalam ekonomi negara dengan membina asas yang kukuh dalam pengetahuan industri acara seperti pentadbiran, operasi, pemasaran, pengurusan risiko dan projek acara ditekankan bagi menyokong pemikiran kreatif. Aspek-aspek asas lainseperti asas-asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, perkhidmatan pelanggan, kesihatan dan keselamatan, dan pembangunan keusahawanan juga ditanam dalam program ini.
Bina Kerjaya Profesional
Penawaran program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang telah diluluskan oleh Menteri Pengajian Tinggi (ketika itu) pada 10 September 2012 merupakan satu lonjakan dalam usaha untuk meningkatkan kebitaraan politeknik yang berperanan sebagai katalisator Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di persada pendidikan tinggi negara.
Sebaik selesai program ijazah sarjana muda ini, graduan akan mempunyai pelbagai peluang kerjaya untuk dipilih, seperti hotel, restoran, syarikat-syarikat penerbangan, ejen pelancongan, pengusaha pelancongan dan juga dalam organisasi kerajaan. Penempatan industri dan program WBL akan memberi peluang kepada pelajar untuk mewujudkan hubungan dengan majikan yang berpontensi pada masa depan. Graduan juga akan dapat untuk mengambil jawatan pengurusan pertengahan dalam operasi jabatan dalam sektor hospitaliti negara dan antarabangsa.
Program Keusahawanan dilaksanakan di kalangan pelajar IPT agar dapat diterapkan pendedahan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti dan membuka peluang (opportunity identification and creation).
Senarai Kursus/ Program Di Politeknik Seluruh Malaysia
Bagi memantapkan program ini, Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi telah dilancarkan pada 13 April 2010 yang bertujuan untuk menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan yang lebih terancang dan holistik. Pelaksanaan inisiatif berpandukan dasar tersebut bertujuan melahirkan siswazah/lepasan IPT yang mempunyai nilai, pemikiran dan atribut keusahawanan; meningkatkan bilangan usahawan dalam kalangan siswazah/ lulusan IPT iaitu mereka yang benar-benar berkecimpung dalam bidang perniagaan sebagai pemangkin kepada pencapaian transformasi ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi dan pada masa yang sama melahirkan ahli akademik yang mempunyai nilai, kemahiran, pemikiran dan atribut keusahawanan (entrepreneurial academics).
Pendidikan keusahawanan ini penting dan merupakan komponen penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seperti yang dihasratkan di bawah Pelan Pembangunan Modal Insan Inovasi. Di samping itu, program kritikal agenda (Critical Agenda Program, CAP) Keusahawanan adalah signifikan dalam membantu untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah/lulusan IPT.Diploma Pengurusan Pelancongan (tourism management) syarat kelayakan & peluang pekerjaan (Kerjaya) selepas tamat pengajian. Pelancongan adalah antara sektor yang sangat penting di Malaysia kerana ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kita.
Jika sektor ini penting sudah pasti tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor ini adalah tinggi ataupun dalam erti kata lain peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan adalah sangat luas di Malaysia.
Portal Rasmi Fakulti Pengurusan Hospitaliti
Pelancongan juga boleh melibatkan pelbagai jenis penduduk, bukan sahaja dari Malaysia malahan penduduk dari luar negara seperti Korea, China, Thailand dan pelbagai lagi negara luar.
Menarik bukan? Siapa sahaja yang tidak tertarik untuk mempelajari bidang pelancongan ini anda bukan sahaja dapat ilmu pengetahuan tapi anda juga akan mendapat pengalaman yang menarik dalam bidang pelancongan.
Ini bermakna beruntunglah kepada mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan seperti pengurusan pelancongan kerana terdapat pelbagai kelebihan jika melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.
Senarai Program Diploma Di Politeknik Seluruh Malaysia
Bagi mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pelancongan ataupun mempunyai minat dalam bidang pelancongan anda boleh mencuba untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma dalam bidang pengurusan pelancongan.
Bagaimana? Mudah sahaja, pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan Diploma Pengurusan Pelancongan termasuklah kriteria yang diperlukan untuk menceburi bidang ini.
Untuk pengetahuan anda, diploma adalah peringkat pengajian yang merupakan peringkat separa profesional di mana pada peringkat ini pelajar memerlukan sekurang-kurangnya sijil bagi memohon kursus-kursus yang ditawarkan.
Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Di Ipta Seluruh Malaysia
Ini termasuklah kemahiran dan pengetahuan dalam operasi pengembaraan serta pelancongan, pengurusan acara, pelancongan reakrasi, perkhidmatan interpretasi pengunjung, pelancongan rekreasi dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan industri pelancongan.
Sebenarnya memang banyak ilmu pengetahuan yang menarik akan anda akan dapat dari kursus ini jika anda melanjutkan pengajian dalam peringkat diploma dalam bidang ini.
Seperti yang anda tahu sektor pelancongan di Malaysia sememangnya maju dan mempunyai pelbagai cabang yang telah membuka peluang pekerjaan yang luas kepada pelajar pelancongan di luar sana.
Hopitaliti Dan Pengurusan Institusi Tinggi Berkaitan Kerajaan (cosmopoint College)
Bukan itu sahaja, program ini juga sebagai persediaan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pelancongan.
Jika anda mempunyai minat dalam bidang pelancongan dan berminat untuk mempelajari dengan lebih dalam berkenaan dengan sektor pelancongan serta berhasrat untuk menceburi bidang pelancongan maka program ini sangat sesuai untuk anda.
Syarat kelayakan di atas adalah merujuk kepada syarat kelayakan bagi UiTM, syarat ini kemungkinan berbeza dengan syarat kelayakan institusi awam yang lain.
Sesi Pendaftaran Diploma Pengurusan Pelancongan Dan Diploma Seni Kulinari Cosmopoint College
Bagi menyediakan pelajar yang berkemahiran serta berpengetahuan yang lengkap dalam bidang pengurusan pelancongan, tempoh pengajian yang bagi program ini adalah 6 hingga 8 Semester.
Di mana pada semester ke 5 pelajar diperlukan untuk menjalani Latihan Industri bagi memberikan pelajar kemahiran praktikal yang sebenar dalam sektor pelancongan.
Sebenarnya banyak lagi bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh pelajar dalam bidang pengurusan pelancongan memandangkan pelancongan adalah antara sektor yang maju di Malaysia.
Full Report Ppi Masterclass
Semoga sedikit informasi berkenaan peluang pekerjaan dan syarat kelayakan Diploma Pengurusan Pelancongan ini memberi manfaat kepada pelajar yang berminat sambung pengajian dalam bidang ini.