Tidak mustahil ada yang mungkin terpaksa berhenti belajar disebabkan seperti untuk terus menyertai dunia pekerjaan disebabkan kesempitan hidup; Memulakan atau meneruskan perniagaan keluarga dan mungkin juga disebabkan untuk berumah-tangga.
Apa pun pilihan pelajar, buatlah persediaan yang sewajarnya. Tidak mudah untuk terus menyertai dunia pekerjaan atau untuk terlibat dalam perniagaan terus selepas SPM. Buatlah persediaan seperti mengikuti kursus-kursus jangka pendek seperti ada yang ditawarkan di giat mara, IKBN dan lain-lain institusi latihan kemahiran
Selepas SPM 2021 (Asasi/Matrikulasi/Diploma/STPM/TVET) - Hala Tuju Selepas Stpm Pilihan Pendidikan Dan Kerjaya Yang Mendebarkan />
Program diploma dan sijil adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan kelayakan untuk membolehkan mereka terus menyertai dunia pekerjaan setelah tamat (bergraduat) dari pengajian.
Hala Tuju Pendidikan Selepas Stpm Projek Genggam A
Lepasan sijil dan diploma juga boleh menggunakan kelayakan tersebut untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dari Sijil ke Diploma dan dari Diploma ke Ijazah Sarjana Muda. Namun perlu dan mesti diingat ianya bukanlah laluan yang secara automatik membolehkan pelajar ke peringkat seterusnya. Pelajar MESTI memperolehi pencapaian yang memenuhi dan melepasi syarat untuk ke keperingkat seterusnya. Contohnya ada program ijazah sarjana muda yang menetapkan tahap pencapaian berdasarkan kepada CGPA yang dicapai untuk layak ke pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda.
Jika pelajar menganggap pengajian diploma itu mudah, lalu mengambil mudah pengajian diploma yang menyebabkan pencapaian yang rendah berkemungkinan besar pelajar tidak akan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.
Ada pelajar yang menganggap pengajian pra-universiti adalah pengajian tingkatan 6 sahaja kerana biasanya pusat pengajian tingkatan 6 di sekolah biasanya dinamakan sebagai pengajian pra-universiti.
Laluan Kerjaya Menjadi Cikgu / Guru Sekolah Rendah & Menengah
Program pengajian pra-universiti sebenarnya merangkumi program-program Asasi IPTA@UA (atau Tamhidi di USIM); Program Matrikulasi KPM; Foundation (IPTS); STPM/STAM; A-Level; AUSMAT(Australian Matriculation); IB (International Baccalaureate) dan lain-lain program seumpamanya.
Program pra-universiti biasanya akan mengambil masa antara 1 – 2 tahun selepas SPM yang selepas tamat serta lulus dengan pencapaian yang memenuhi syarat akan dapat memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.
Apa yang penting untuk setiap pelajar di dalam membuat pilihan program yang terbaik bagi pelajar adalah bergantung kepada bidang pekerjaan cita-cita kerjaya yang pelajar ingin capai.
Ke Mana Selepas Tingkatan 3
Jika pelajar mungkin tertanya-tanya, jadi apakah pilihan terbaik antara ketiga-tiga laluan antara program sijil dan diploma; Program pra-universiti atau Program professional luar negara; Jawapannya bergantung kepada apakah bidang cita-cita kerjaya yang pelajar ingin ceburi. Ada bidang kerjaya yang memerlukan kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Masters) malah ada yang memerlukan kelayakan Kedoktoran Falsafah (PhD); Namun ada juga yang hanya memerlukan kelayakan di peringkat Sijil atau Diploma sahaja yang sudah memadaiKebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi dan hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM. Sukar untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan anda sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit informasi mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih universiti sebagai destinasi pengajian mereka selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke universiti, anda haruslah memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana Universiti Awam (IPTA) di Malaysia. Selepas itu anda boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah.
Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat dalam program asasi melalui UPU, anda masih boleh menyambung pengajian asas di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains, Perakaunan dan Teknikal. Sama saja dengan program asasi.
Hala Tuju Kerjaya
Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar iaituBahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika danPendidikan Islam/Moral.Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut sama adaSukan/Permainan, Persatuan/Kelab atauKawad Kaki.
Selepas habis program matrikulasi, anda boleh mohon UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih kursus untuk pengajian ijazah anda. Ramai pelajar-pelajar dari program matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.
Pelajar-pelajar yang mendapat penajaan biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, USA, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan bagi pelajar-pelajar Malaysia.
Laluan Kerjaya Lepasan Stpm 2020
Di politeknik, anda boleh memohon program sijil atau diploma. Terdapat 34 politeknik di seluruh negara yang anda boleh pilih. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya.
Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.Kursus kursus ditawarkan sijil kemahiran dan diploma kemahiran untuk perindustrian terutama di ILP, ADTEC , IKBN boleh menempatkan pelajar ke industri sebaik sahaja tamat pengajian kerana kemahiran yang diperolehi oleh pelajar lulusan institusi kemahiran tersebut khusus di bidang perindustrian. kerana itu walaupun tiga kredit kelulusan SPM untuk syarat umum tetapi tiga kredit itu kebanyakannya untuk kursus teknikal dan sains yg inginkan keputusan Matematik dan Sains / teknikal / ialah kredit. Kursus-kursus yang ditawarkan lebih berfokus mengenai kemahiran tertentu dan ada yang tidak terdapat dalam senarai kursus di Universiti Awam mahupun IPTS bagi kemahiran-kemahiran khusus. Oleh kerana itu lulusan pusat latihan ini mempunyai permintaan di dalam industri. Selain bekerja dalam bidang perindustrian, anda juga boleh menjadi tenaga pengajar di mana-mana kolej teknikal dan vokasional dengan mengambil kursus VTO di CIAST.
Kalau beli surat khabar sekarang ni, ada banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus dan sesuai. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja. ingin tahu kolej-kolej swasta yang diiktiraf, boleh ke [sini]
Dpli Ukm 2023
Ramai pelajar-pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. Anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lepas lulus temuduga anda seterusnya akan dapat melanjutkan pengajian di mana-mana kolej yang ditawarkan.
Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan pengajian ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Apabila anda berjaya melanjutkan pengajian di UPNM, ada 2 jenis latihan ketenteraan iaituLatihan Ketenteraan bagi Pegawai Kadet UPNM danLatihan Ketenteraan bagi Pelajar Awam (PALAPES).UPNM mengambil 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam. Pegawai Kadet ditaja sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia, diberi elaun dan lain-lain bantuan seperti pakaian, makan dan minum. Namun Pegawai Kadet tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972 serta perlu menjalani Latihan Ketenteraan semasa mengikuti pengajian di UPNM.Manakala sebagai Pelajar Awam, pelajar akan ditanggung oleh PTPTN (dengan syarat perlu memohon) ataupun penaja kewangan lain seperti MARA, JPA, Kerajaan Negeri dan sebagainya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh badan pembiaya tersebut. Pelajar Awam tidak menjalani Latihan Ketenteraan tetapi perlu mematuhi kehidupan berdisiplin semasa berada di UPNM.
Arah Tuju Selepas Spm
Kepada yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan laut yang mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM) iaituDiploma Pengajian Nautika dan DiplomaKejuruteraan Marine.
Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini. Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugara dan pramugari ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.
Semakan Dan Rayuan Upu Bagi Lepasan Stpm 2021
Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan. Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.
Di Universiti Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga ada menawarkan kursus Pendidikan kepada pelajar seperti di UiTM, UKM dan UPM. Anda akan dapat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan yang anda minati.
Berikut adalah ranking terbaru 50 Universiti Terbaik di Malaysia pada tahun 2015 yang merangkumi Universiti Awam (IPTA) dan Universiti Swasta (IPTS) :-Tahniah buat adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM 2012 yang diumumkan baru-baru ini. Tentulah sekarang sudah tidak sabar-sabar untuk memilih kursus dan hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Ketahui 8 Hala Tuju Pengajian Selepas Spm
Sama ada keputusan yang anda dapat cemerlang atau cukup makan sahaja, kita perlu sedar bahawa ada banyak haluan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memastikan rakyat Malaysia, terus mendapat pendidikan ke peringkat yang paling tinggi boleh dicapai oleh individu.
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki universiti dengan menggunakan keputusan STPM. Dengan sistem peperiksaan modular yang baru, di mana setiap semester akan diuji, adik-adik sebenarnya sudah mula melangkah ke alam pembelajaran gaya universiti.
Untuk pilihan ini, adik-adik pelajar boleh memasuki