Pakcik kira, masih ada yg belum & teragak-agak ingin membuat pilihan bidang pengkhususan yang diminati. kan?? bagi yang minat sesuatu bidang, tapi kelayakan akademik tak memenuhi kateria pun satu hal juga..haih..
Lamhamdulillah.. jika tak keberatan, bagi yang sedang mencari kerjaya yg penuh mencabar, yang memberi pulangan lumayan, pakcik mahu kongsikan serba sikit kelebihan memilih kerjaya dalam kimpalan ni.. pasaipa?
Kimpalan />
Jawatan-jawatan penting seperti pengimpal paip, inspektor, pengimpal bawah laut, TIDAK MEMERLUKAN kamu untuk mempunyai sijil, diploma mahupun ijazah; Kerana jawatan-jawatan penting ini hanya diisi oleh mereka yang mempunyai lesen khas untuk menjalankan kerja tersebut, bagi jawatan pengimpal contohnya, memang tidak semua mampu melakukankannnya apatah lagi mempunyai lesen. tapi bagi jawatan inspektor, tiada masalah.insya'Allah..
Upah Rm300 Rm500 Sehari Sebagai Jurukimpal, Korang Sanggup Tak Turun Ke Laut Dalam Macam Gadis Ini?
Rata-rata mereka yang berada dalam bidang ni takkan kekal dengan 1 jawatan, cth : inspector --> welder SEPANJANG HAYAT. Mereka bertukar-tukar jawatan bagi merasakan pengalaman kerja yang berlainan. Pilihan terbuka luas. Cuma, apabila ia melibatkan bahagian pendidikan dan R&D misalnya, masa ni lah kelayakan penddidikan memainkan peranannya... antara cabang utamanya :
Siapa kata kerjaya kimpalan, hanya terbatas pada didarat dan di dalam air? tak. Di angkasa pun ada. setakat yg pakcik tahu, bahagian aero angkasa ini dimonopoli oleh pihak tentera. maknanya tentera yg dilatih khas untuk mengimpal & menjalankan kerja inspektor. tak dok peluang la kome~ :D
Pernah dengar istilah 'kerja ikut kapal'? haa.. ini adalah sebahagian darinya. kebiasaannya jawatan pengimpal & inspektor yg terpilih contohnya, akan mengikut kapal2 yg bakal berlayar jauh sebagai persediaan awal untuk membaiki kerosakan dan kemungkinan yang lain ketika di dalam perjalanan..
Pejabat, Rumah Dalam Kapal
Selain industri minyak & gas, peluang juga terbuka dalam sektor pembuatan senjata ketenteraan. cuma ianya agaK terbatas kerana mengandungi kontrak kerja.. dan bahagian yang menarik setakat ini, antara yang popular jawatan dalam 'kerja sambil melancong' ni, :
Sungguh sinonim di malaysia sehingga saat in. seperti juga dilaut, jawatan bagi inspektor & pengimpal, lebih banyak dihabiskan dalam kerja. riadah? wallahua'lam.. dimana lokasi yang memerlukan pemindahan dan penyaluran gas disitu ada mereka. kebiasaannya mereka ini adalah 3rd party ataupun yang bergerak solo secara kontrak.
Bila fikir, sikit sebanyak berkait dengan isu pengangguran yg berleluasa. huhu.. ambil contoh isu harga minyak & kekurangan bekalan minyak. jawatan-jawatan seperti pengimpal & inspektor sebenarnya punya kelebihan untuk & boleh bertukar ke industri lain, cth: pemasangan utiliti isi rumah (paip air) dan juga industri kimia contohnya.. cuma.. orang yang mencari masih terkapai-kapai.. haih..
Jom Sertai Kami (pengambilan April 2019) !!!!!!!!!!!!!!!
Tazkirah Firman Allah SWT Sarkasis Motivasi Ayat dan Surah dalam Al-Quran Hadith Nabi Travelog Jihad Terakhir Motivation Sarkasis Islamik Allah SWT Says In The al-Quran Madah Islam Review Teknologi Puisi Tutorial Blogspot Akuarium Baitulmuslim Hukum Kata Sahabat Nabi Kesihatan Puisi Islamik Tatatertib Di Masjid Aquarist Aquascape Law Of Today Tutorial Aquascape Feqah KeAgungan Asmaul Husna Kesalahan Dalam Solat Perubatan Cara Islam Petua Sayings From Prophet Muhammad SAW Sayings of Prophet Muhammad SAW Sugar Glider Tasawuf kerjaya kimpalan planted tankKIMPALAN bawah air (underwater welding) antara kerjaya dalam bidang kimpalan yang mempunyai jaringan pekerjaan luas di serata dunia turut membabitkan industri seperti minyak dan gas, pembaikan kapal, perpaipan saluran minyak dan sebagainya.
Sesuai dengan namanya, kerjaya ini memerlukan mereka yang berani, minat mendalam, sihat, tahan lasak dan memiliki kemahiran dalam kedua-duanya iaitu sebagai jurukimpal dan penyelam komersial.
Ketua Jabatan Kimpalan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, Muar, Johor Wan Mohd Zafrulizan Wan Draman berkata, untuk menjadi seorang ‘diver-welder’, seseorang perlu mempunyai sijil dalam kemahiran mengimpal dan memiliki lesen sebagai penyelam komersial.
Kursus Basic Fitter: Piping & Structure
“Kos untuk menjalani kursus bagi menceburi bidang ‘underwater welding’ ini sememangnya tinggi dan mencecah puluhan ribu ringgit bergantung kepada pusat latihan berkenaan.
“Namun wang yang dilaburkan berbaloi kerana latihan turut membabitkan penggunaan peralatan mahal serta pengalaman yang bakal diperoleh bukan calang-calang dan amat diperlukan sebelum layak digelar jurukimpal bawah air (‘diver-welder’), ” katanya.
Purata kadar kebolehpasaran untuk bidang ini dari 2016 sehingga 2019 amat memberangsangkan apabila lebih 90 peratus graduan berjaya mendapatkan pekerjaan di pelbagai sektor dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
Cekap Hasilkan Kimpalan Berkualiti
Graduan sangat bertuah kerana bidang ini boleh dikatakan fleksibel walaupun mereka beralih arah ke pekerjaan di industri berlainan. Perkembangan industri sekarang adalah pesat terutama dari segi teknologi. Tidak dinafikan sesetengah teknologi adalah asing kepada pelajar mahupun tenaga pengajar. Ini antara salah satu mengapa On Job Training (OJT) di industri menjadi perkara wajib kepada pelajar. Semua pelajar SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) dan DKM (Diploma Kemahiran Malaysia) perlu menjalani OJT selama tiga bulan pada semester akhir pengajian. Secara tidak langsung didedahkan dengan cara kerja dan teknologi baharu. Wan Mohd Zafrulizan – Ketua Jabatan Kimpalan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh
Komen: Sekiranya anda rasa kerjaya ini tidak sesuai untuk anda, banyak lagi kerjaya kemahiran mempunyai prospek yang cerah dan tidak begitu merbahaya. Antara kursus kemahiran yang membolehkan anda memiliki kerjaya yang ada banyak peluang pekerjaan termasuk (tapi tidak terhad kepada):
Sekiranya anda tidak tahu kursus kemahiran apa lagi yang ditawarkan, boleh isi butiran anda di sini (pusat latihan swasta sahaja) ataupun whatsapp untuk bertanyakan kursus kemahiran (swasta sahaja)