Ujian Minat Kerjaya Holland: Wujudkan Impian Kerjaya dengan Mengenali Minat Sebenar Anda

Ujian Minat Kerjaya Holland: Wujudkan Impian Kerjaya dengan Mengenali Minat Sebenar Anda

Teori ini telah diasaskan oleh John Lewis Holland. Beliau telah dilahirkan pada 21 Oktober 1919 di Omaha, Nebraska. Bapa Holland pada awalnya merupakan seorang buruh dan kemudiannya telah menukar kerjaya sebagai seorang eksekutif pengiklanan. Ibu Holland pula merupakan seorang guru sekolah rendah. John Lewis Holland merupakan seorang professor emeritus sosiologi di universiti johns hopskin . Holland merupakan anak kedua daripada empat adik- beradik. Beliau telah menceburkan diri dlm bidang muzik sejak berumur 12 tahun sehingga umurnya 22 tahun kemudian beliau beralih pula ke dalam bidang psikologi.

Holland mempunyai ijazah doktor falsafah dan berkecimpung dalam pengajaran dan penyelidikan di universiti. Melalui penyelidikan yang telah dibuat, Holland berjaya menghasilkan teori Holland dan beliau telah menulis tentang teorinya dlm beberapa buah buku seperti “The Career Attitudes and Strategies Inventory (1994, with Gottfredson), The Position Classification Inventory (1991, with Gottfredson), The Dictionary of Holland Occupational Codes (1982, 1989 & 1996, with Gottfredson), Making Vocational Choices: A Theory of Careers (1973, 1985 & 1997), The Self Directed Search (1970, 1977, 1985 & 1994), The Psychology of Vocational Choice (1966)”. Beliau juga berjaya menghasilkan alat penilaian vokasional berdasarkan teori beliau.

UjianSebenar Anda />

Sepanjang penglibatan Holland, belaiu pernah diberi anugerah atas kecermelangan tugasnya oleh American Psychological Association (APA). Antara pencapaian terbesar Holland ialah beliau telah mendapat anugerah : American Psychological Association's Award: Distinguished Professional Contributions to Knowledge (1994), American Counseling Association: Extended Research Award (1995) dan juga American Psychological Association: Award for Distinguished Scientific Applications of Psychology (2008).

Qr Kod Inspirasi Mengejar Impian

Holland telah menyertai Jabatan Sosiologi Johns Hopkins Universiti pada tahun 1969, di mana beliau menerbitkan beberapa kajian beliau yang sangat penting berkaitan dengan personaliti dan pemilihan kerjaya Beliau telah bersara dari Johns Hopkins pada tahun 1980, tetapi beliau masih meneruskan terus kajian berkaitan kerjaya sehinggalah beliau meninggal dunia pada 27 November 2008 ketika beliau berusia 89 tahun.

Teori Pemilihan Kerjaya Holland diperkenalkan pada tahun 1959 dan telah dikemaskini pada tahun 1966, 1973, 1978, 1985 dan 1996. Teori Holland dikenali sebagai teori pemilihan kerjaya Holland iaitu sempena namanya & juga turut dikenali sebai teori Tipologi Holland. Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek Mohd Noah, 2002).

Fokus utama pemilihan Kerjaya Holland adalah untuk menjelaskan tingkahlaku vokasional sertamencadangkan beberapa idea praktikal untuk menolong individu memilih kerja, menukar kerja serta memperoleh kepuasan bekerja (Holland1996). Teori ini juga turut membincangkan perkembangan jenis personaliti, perubahan personaliti, kebolehan personal, tingkahlaku kerjaya, tingkahlaku pendidikan dan tingkahlaku sosial.

Inventori Minat Kerjaya (imk2) By Nornajwa Mansor

Pemilihan kerjaya merupakan satu penglahiran perakuan yang mencerminkan motivasi, pengetahuan, personaliti, dan kebolehan seseorang. Pekerjaan menggambarkan cara hidup dan persekitaran , bukan semata-mata satu set fungsi kerja atau kemahiran yang berasingan. Dalam hal ini kecenderungan dalam sesuatu kerjasebenarnya menggambarkan beberpa keterangan iaitu motivasi dan pengetahuan individu tentang pekerjan yang dipersoalkan, wawasan dan kefahaman tentang diri serta kemampuannya.

Teori Holland telah mengkategorikan individu kepada salah satu daripada enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain.

Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan beberapa jenis personaliti iaitu:

Emodul Inspirasi Diri (mind) Spak Politeknik Malaysia Edisi 2022 Kpt Pages 1 50

I. Realistik: sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran dan masculinity. Individu realistik biasanya akan memilih kerjaya yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.

Ii. Investigatif: sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain.

Iii. Artistik: artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu artistic menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan tidak sistematik yang memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan dan perkataan, disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginatif, bebas, intuitif dan lain-lain.

Career

Ujian Minat Kerjaya Sds Penerangan

Iv. Sosial: individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor.

V. Enterprising: individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan.

Vi. Konventional: individu conventional memiliki minat, kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain.

Skim Perantisan Nasional: Analisis Minat Dan Perancangan Kerjaya, Ujian Psikometrik

Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat ukuran untuk mengukur jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), Vocational Exploration and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory (MVS) (Sidek Mohd Noah, 2002).

Teori Pemilihan Kerjaya Holland yang juga dikenali sebagai teori Tipologi Holland mengandungi beberapa idea mudah. Terdapat empat andaian asas yang menjadi nadi dan teras kepada teori ini (Holland, 1996) iaitu:

Inventori

1) Dalam budaya Amerika, kebanyakan individu boleh dikategorikan kepada satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Convensional (C). Menurut Holland, setiap jenis peronaliti ini terbentuk hasil daripada interaksi antara desakan pelbagai budaya dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas social, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil daripada interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti- aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti ini akan kian diminati dan minat ini mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu. Akhirnya, minat dan kecekapan tertentu tersebut akan membentuk sesuatu sifat tertentu individu yang mengarahkannya utnuk berfikir, membuat tanggapan dan bertingkahlaku dengan cara tertentu.

Laporan Program Kerjaya

2) Terdapat enam jenis persekitran, iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Convensional (C). Menurut Holland, setiap persekitran ini akan dikuasai atau didominasi oleh personaliti tertentu dan setiap persekitaran itu akan dijeniskan oleh keadaan fizikal yang menghasilkan masalah-masalah dan peluang-peluang tertentu. Misalnya, persekitarn Realisitik akan didominasikan oleh individu jenis Realistik, iaitu sebahagian besar peratusan populasi yang tinggal dalam persekitaran Realistik adalah menyerupai jenis Realistik. Persekitaran Conventional pula akan dikuasai oleh individu jenis Conventional.

3) Individu akan mencari perekitaran-persekitaran yang memberikan mereka peluang mengamalkan kemahiran-kemahiran dan kemampuannya, melahirkan sikap dan nilai-nilainya dan mengambil segala permasalahan dan peranan yang dipersetujui yang wujud dalam persekitaran tersebut. Sebagai contoh, individu Realistik akan mencari persekitaran Realistik, individu Sosial akan mencari persekitaran Sosial, begitu juga dengan jenis personaliti lain.

4) Tingkahlaku individu ditentukan oleh interaksi antara personaliti dengan persekitaran. Menurut Holland sekiranya kita mengetahui pola personaliti individu dan pola persekitaranya secara prinsipnya, dengan menggunakan pengetahuan tentang jenis personality dan model persekitaran, kita boleh meramalkan beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan tersebut. Ini termasuklah pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian vokasional, kecekapan personal, tingkahlaku pendidikan serta social.

Ujian Ujian Psikologi Edit

Prinsip asas teori Holland (1985) telah menyenaraikan sebanyak enam prinsip asas yang merupakan intipati kepada Teori Keselarasan Individu- Persekitaran Holland anataranya ialah :

DOC)

3) Setiap indivividu mempunyai stereotaip tersendiri berhubung dengan dunia pekerjaan. Stereotaip tentang sesuatu kerjaya mempunyai makna psikologikal dan sosialogikal yang penting dan boleh dipercayai. Hal inilah yang akan mempengaruhi individu dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya. Sebagai contoh, jika seseorang itu mementingkan aspek kewangan sudah tentu individu tersebut akan menceburi bidang yang menawarkan pembayaran gaji yang tinggi.

4) Ahli- ahli dalam sesuatu bidang pekerjaan mempunyai personaliti serta sejarah perkembangan peribadi yang serupa. Jika seseorng itu memasuki bidang pekerjaan kerana latar belakang sejarah hidup dan personaliti tertentu maka bidnag kerjaya yang sama akan menarik individu lain yang mempunyai latar belakang sejarah hidup dan personaliti yang sama.

Koleksiminda L Ujian Minat Kerjaya Riasec

5) Memandangkan individu dalam kumpulan kerjaya yang sama mempunyai personaliti yang sama, maka mereka akan bertindak balas dengan cara yang sama apabila menghadapi situasi dna masalah, di samping membentuk satu persekitaran interpersonal yang tripikal.

6) Kepuasan kerja, kestabilan, dan pencapaian adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Persekitraan kerja pula merujuk kepada rakan-rakan sekerja.

Jenis-jenis personaliti dan persekitaran kerja yang dikemukakan oleh Holland adalah Realistik (R) , Investigatif (I) , Artistik (A), sosial (S), Enterprising (E) , dan Conventional (C). Huraiannya adalah seperti berikut:

Koleksiminda

Doc) Soal Selidik Minat Kerjaya Sds Holland

· Individu jenis realistik meminati dan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanupulasikan secara sistematik terhadap objek, mesin, peralatan, binatang dan

LihatTutupKomentar