Syarat Kelayakan Untuk Program Pengajian Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga) dengan tempoh pengajian 6 Semester (3 Tahun) di Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Program ini menawarkan kursus-kursus yang memberi pengetahuan mengenai kanak-kanak dan keluarga. Kanak-kanak dan keluarga digabungkan dalam program ini kerana perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga dan peskitarannya.
Fokus utama program ini adalah perkembangan bayi dan kanak-kanak, asuhan kanak-kanak dalam berbagai budaya, perkahwinan dan keluarga, keibubapaan, kanak-kanak dalam keluarga bermasalah serta analisis kepada ibubapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya.
Cara Untuk Jadi Pakar Psikologi Dan Laluan Pendidikan Selepas Spm Hingga Ijazah
Program ini juga menawarkan fizikal dan kongnitif kanak-kanak serta beberapa teknik teraputik untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi fizikal, kognitif dan sosial.
Memiliki Diploma dalam bidang Psikologi/Kaunseling/Kerja Sosial dari Institusi Pendidikan yang diiktiraf olei Senat Universiti Malaysia Sabah dan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 pada peringkat Diploma dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
Akhir sekali, aku sangat galakkan pelajar yang memenuhi syarat untuk memohon. Kebanyakkan pelajar dia tak tengok syarat sebelum memohon bidang tersebut. Oleh sebab itulah permohonan korang mungkin ditolak. Korang imagine berapa puluh ribu yang memohon bidang psikologi yang korang nak tu? Jadi kena bersaing untuk dapat tempat. Tambahan pula kuota untuk setiap bidang tu terhad.
Kursus Sijil, Asasi Atau Diploma: Mana Satu Yang Patut Saya Pilih Selepas Spm?
Jadi jangan hairan sekiranya korang dah memenuhi syarat tetapi tak dapat bidang tersebut. Misalnya untuk bidang psikologi di UMS, pihak universiti ada tetapkan berapa kuota untuk pelajar dari semenanjung dan kuota untuk pelajar sarawak & sabah. Ini belum termasuk lagi pelajar SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, Diploma dll.
Jadi tips untuk mudah sambung bidang psikologi ini, pastikan korang memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Boleh saja cuba nasib tetapi aku lebih galakkan korang untuk pilih bidang yang memenuhi syarat yang diminta.
Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Graduated in Bachelor's Degree in Child & Family Psychology, University Malaysia Sabah. Married with Mohamad Syafrie