Sebagai umat Islam, kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber utama rujukan kehidupan. Daripada sekecil-kecil perkara, sehinggalah sebesar-besar perkara, pasti ada petunjuk daripada Allah menerusi sumber ini. Oleh sebab itulah, Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (Hadis Riwayat Imam Malik)
Penerokaan Cabang Ilmu Yang Penting Dalam Pembangunan Sains />
Catatan sejarah menceritakan kepada kita bagaimana ilmuwan Islam terdahulu mempunyai ilmu yang komprehensif dan mantap dalam pelbagai bidang melebihi tamadun-tamadun yang lain biarpun pada peringkat awal, ilmu-ilmu tersebut diserap daripada tamadun-tamadun terdahulu seperti tamadun Yunani dan tamadun Rom. Berinspirasikan daripada Al-Quran sebagai pusat kegiatan ilmu, penerokaan-penerokaan baharu telah dijalankan dan pelbagai penyelidikan baharu telah terhasil.
Pekerjaan Untuk Matematik Jurusan
Hal ini turut mendapat perhatian cendekiawan-cendekiawan Negara bukan Islam yang mengakui bahawa terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai perkaitan dengan ilmu-ilmu sains seperti proses kejadian manusia, bumi, langit, tumbuhan, haiwan dan lain-lain.
Tahukah anda, penerangan konsep matematik tidak terkecuali daripada petunjuk sumber ini. Saya yakin, sudah ramai yang mengkhatam Al-Quran berkali-kali sepanjang hidupnya sehingga ke hari ini dan menyedari bahawa terdapat kalam Allah yang menerangkan tentang ilmu ini.
Daripada satu jurnal Sains dan Matematik yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia bertajuk “Pendidikan dan Penyelidikan Matematik Berinspirasikan Al-Quran”, jom kita cuba lihat beberapa bukti yang telah ditunjukkan.
Matematik Dari Kaca Mata Kami
Aritmetik merupakan cabang ilmu matematik yang melibatkan nombor, manakala aljabar ialah cabang ilmu nombor yang tujuan penulisan asalnya mengikut al-Khawarizmi adalah untuk menyediakan satu perkaedahan rapi dalam masalah nilai anu disebabkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat harian dalam permasalahan wasiat, pusaka, mua’malat dan mutarahat (perbahasan berbentuk soal jawab masalah). Al-Khawarizmi telah menyebut bahawa aljabar merupakan ilmu untuk masyarakat. Dalam menemukan penyelesaian ini, beberapa ayat al-Quran telah dijadikan rujukan. Antaranya, surah an-Nisaa (4:11-12) bagi menentukan kadar pembahagian harta pusaka setiap waris.
Selain itu, istilah-istilah berkaitan perhitungan seperti ‘nombor-nombor’ dalam surah Yusuf (12:43), ‘per’ bagi pecahan dan perpuluhan dalam surah Saba’ (34:45), ‘kali ganda’ dalam surah al-An’am (6:160), ‘lebih’, ‘kurang’ dan pelbagai lagi istilah matematik yang lain.
Logik merupakan salah satu elemen penting dalam memberi hujah saintifik yang mempengaruhi perkembangan ilmu-ilmu sains dan matematik hingga kini, termasuklah dalam bidang perkomputeran. Dalam bahasa tamadun terdahulu, logik ini disebut sebagai mantik dan menjadi aspek penting dalam menzahirkan kebenaran dan menolak kepalsuan. Prof. Mat Rofa menerangkan hasil penemuannya berkenaan mantik dalam buku ‘Mantik, Matematik dan Budaya Ilmu’ bahawa mantik membimbing kaedah berfikir secara bersistem dan membuat penaakulan dan penghujahan yang sahih seperti contoh yang sering dikemukakan, “Alam berubah, setiap yang berubah adalah baharu, maka alam adalah baharu.”
Modulmtsm2103 141126231842 Conversion Gate01
Menerusi surah Al-Imran (3:185) yang membawa maksud, ”Setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian.”, cendekiawan Islam seperti al-Kindi dan al-Khawarizmi telah mendapat ilham untuk membuktikan satu teori matematik. Selaras dengan penggunaan matematik yang lebih moden, pernyataan logik ‘jika’ dan ‘maka’ menjadi asas kepada pembuktian teorem-teorem matematik dalam pelbagai bentuk permasalahan.
Permodelan matematik boleh ditakrifkan sebagai prosedur untuk mengkaji keadaan atau fizikal sesuatu sistem atau peristiwa dengan menganalisis data-data berkaitan menggunakan kaedah-kaedah matematik yang tertentu.
Dalam al-Quran, konsep permodelan matematik dapat diperhatikan melalui penggunaan secara tidak langsung nombor-nombor untuk mewakili sesuatu objek atau peristiwa. Seperti satu kajian yang menyebut bahawa penelitian secara terperinci akan Surah al-Qadr akan mendapati surah tersebut terbina dengan 114 huruf dan 30 patah perkataan mewakilkan sebahagian ciri-ciri al-Quran itu sendiri yang mempunyai 30 juzuk dan 114 surah berpadanan dengan sebab penurunan dan isi kandungan surah tersebut. Dalam satu kajian yang lain menyebut bahawa perkataan yang bermaksud bulan dan hari masing-masing diulang sebanyak 12 dan 365 kali dalam ayat-ayat al-Quran bertepatan dengan ukuran bulan dan hari secara umum dalam kalendar-kalendar manusia.
Maksud Matematik Dan Sains.
Dalam surah Yasin (36:36), Allah menyebut bahawa makhluk dicipta secara berpasangan. Hal ini juga terpakai pada nombor sepertimana yang ditunjukkan pada jujukan Fibonacci yang telah digunakan secara meluas dalam teori nombor, serta dijadikan sebagai satu kaedah pelaburan ahli-ahli ekonomi. Selain itu, konsep pasangan tertib bagi sesuatu nombor telah diperkenalkan untuk mewakilkan unsur-unsur dalam sesuatu set secara tersusun yang mana menjadi konsep penting dalam geometri, teori graf, dan juga permasalahan dalam bidang kejuruteraan.
Terdapat firman Allah S.W.T yang menerangkan konsep songsangan secara tidak langsung dalam menerangkan penciptaan alam semesta dan hukum hakam. Sebagai contoh, surah al-A’raf (7:8-9) menyatakan ciri orang yang berjaya dan gagal. Selain itu, penciptaan pasangan malam-siang dalam surah al-Israa’ (17:12), langit-bumi dalam surah al-Anbiyaa’ (21:30) dan syurga-neraka dalam surah al-Imran (3:131-133).
Kita mengetahui bahawa bahasa Al-Quran ini adalah tidak mudah untuk ditafsir secara terus dan memerlukan kepada bacaan tafsiran yang lebih mendalam oleh ulama’-ulama’ Islam yang diiktiraf ilmunya. Malah, peranan hadis juga adalah untuk menghuraikan secara terperinci tentang apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Oleh yang demikian, amalan mentadabbur selepas membaca Al-Quran amatlah diperlukan bagi memahami makna tersirat setiap ayat Allah dengan lebih mendalam.
E Prosiding Simposium Adab Nov2021
Penerangan-penerangan di atas telah dibuat oleh pengkaji dalam jurnal ini secara umum dan hanya dibahaskan secara ringan perkaitannya setelah pengkaji membaca beberapa kajian lain dengan mendalam. Kita dapat lihat beberapa contoh bagaimana Allah menerangkan konsep matematik dalam Al-Quran dan dijadikan panduan para cendekiawan terdahulu sehinggalah kini untuk menyelesaikan permasalahan manusia.
Untuk mengetahui lanjut tentang konsep matematik dalam mukjizat mulia ini, tadabburlah ayat-ayat al-Quran dengan sedalamnya menerusi bacaan-bacaan tafsir oleh ulama’ muktabar. Beberapa hari lagi nak masuk Ramadan, eloklah kita ambil semangat di bulan Syaaban ini untuk memulakan momentum dan konsistensi membaca dan mentadabbur ayat al-Quran dengan sebaiknya.
Nur Asmila Syahmah bt Ahmad Sukri sedang melanjutkan pelan di peringkat Ijazah Sarjana Sains secara Penyelidikan dalam bidang Pendidikan Matematik di Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) UPM. Harapannya supaya Matematik didedahkan dengan nilai dan falsafahnya yang betul supaya lebih ramai memahami konsep sebenar Matematik dan kegemilangan ilmu ini berjaya dikembalikan semula suatu hari nanti., memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dandefinisi yang dipilih dengan baik.Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai “sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya. Albert Einsteinsebaliknya menyatakan “selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti”
Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam: Sains Teknologi Kejuruteraan Dalam Islam Bab 1
.Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi denganpenemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini
.Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalammatematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui
Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya.Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.Setiap pakar sains perlu berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji. Mereka bertanding untuk memberikan penjelasan yang lebih baik. Boleh jadi sesuatu penjelasan itu menarik, tetapi jika ia tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pakar sains lain, kajian seterusnya perlu dilakukan lagi untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik.Pakar sains juga memeriksa idea pakar sains lain. Ini kerana pakar sains juga merupakan manusia, yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jadi pakar sains perlu mempastikan bahawa idea yang digunakannya adalah betul. Peer review dan mengulangi eksperimen beberapaka kali merupakan satu-satunya cara untuk mempastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat.Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia, badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang tepat dalam masa 100 tahun lagi.