Nama aku Yani. Aku tulis blog ni sebab nak balas balik jasa senior2 yang dah tulis pengalaman depa yang telah dijadikan panduan untuk aku masa interview haritu.. Harini aku pula nak share pengalaman aku masa interview untuk diploma seni lukis dan seni reka..
Firstly, masa mula-mula aku isi upu dulu memang aku tulis seni lukis dan seni reka sebagai pilih pertama aku. Seni lukis dan seni reka ni memang masa hampa tulis kat upu pun dia akan bagitau yang ada temuduga. Aku tak kisah pun ada temuduga sebab aku memang minat seni sejak kecil dan cita2 aku pun nak jadi pelukis.. Dan masa ampa isi tu dia akan tanya hampa zon mana. Contoh macam aku orang penang aku tulislah zon utara..
Memikat Hati />
Masa 17/04/2017 aku check panggilan temuduga aku kat laman web upu dan aku dapat. Aku memang happy gila lah masa tu sebab aku memang berharap sangat dapat temuduga ni. Aku dapat temuduga kat Uitm Merbok, Kedah. Dekat laman web tu nanti dia akan bagitau kena print apa, kena fotostat apa, kena bawa apa pi temuduga semua.
Temuduga Seni Lukis Dan Seni Reka Uitm
Dalam minggu tu aku agak sibuk jugalah nak print, fotostat apa yang patut, minta tanda tangan pengetua dan tambah hasil artwork aku nak bawa pi interview. Ok, sekarang aku nak share apa yang hampa kena bawak..
4- artwork hampa yang hampa buat kat rumah untuk yang tak ambil subjek seni tapi macam aku, aku ambik subjek seni tapi aku bawa juga. (Sebab kalau hampa bawa dua2, folio dan artwork. Nanti dia tak tengok pun folio. Artwork lagi penting.)
Then, dalam minggu tu juga lah. Aku practise lukis dan bercakap. Sebab nanti dia akan tulis kat kertas tu, yang akan ada ujian melukis (kena bawa kertas A3, pensel dan pemadam kalau nak bawa lebih pun takpa) dan temuduga.
Diploma Seni Lukis & Seni Reka (seni Reka Fesyen)
1- practise melukis real.(sebab nanti dia letak objek kat depan hampa untuk lukis. So try lah letak barang kat depan hampa lepastu lukis.
22/04/2017 pagi2 lagi pukul 7.00 pagi aku dan family aku dah keluar dari rumah.. Sebab interview aku pukul 8.30 pagi. Pastikan hampa datang awal. Sebab orang yang pergi temuduga lagi ramai dari apa yang hampa jangka kan.. Masa aku temuduga 700+ orang. Masa sampai kat fakulti seni lukis dan seni reka tu tipu lah kalau aku cakap tak nervous. Nervous gila. Haha. Jangan lupa, amalkan doa2.. Contohnya aku amalkan ayat ke 9 surah yassin. Untuk tutup kesalahan kita. Dan baca ayat subhanaka ini kuntum minal za limin. Untuk kurangkan gemuruh..
Ok masa masuk kat dalam fakulti dia tu. Hampa kena cari nama hampa kat list untuk tau hampa panel berapa. Contoh macam aku dapat panel 17. Lepas dah tau panel berapa depa (pengtemuduga/pensyarah) akan bagitau hampa masuk bilik mana untuk ujian melukis.
Uitm Nafi Terdapat Salah Guna Alkohol, Dadah Dalam Programnya Di Melaka
Dalam bilik lukis dalam 15 orang kot hampa kena duduk mengelilingi meja. Depa letak objek atas meja dan hampa kena lukis objek tu. Masa untuk ujian melukis 1 jam dan ada ujian kreativiti lepas hampa habis lukis. Mesti hampa nak tau kan apa yang aku kena lukis.hahah..
Atas meja ada rak buku, tepi rak buku tu ada 3 kotak empat segi. 2 kotak sebelah kanan, 1 kotak sebelah kiri. Atas rak tu pulak ada tong sampah. Dan ditutupi dengan kain (tak tutup semua, tutup sikit ja kat tepi) yang menjalur kebawah.
Pastikan hampa lukis dan lorek Ikut ton dan pengcahayaan cantik2 sebab ujian melukis 50 markah.. Masa ujian melukis aku tak cukup masa (takpa sebab ramai tak siap.) Kalau boleh hampa curi lah lukis kat mana2 macam aku haha.. Aku tak cukup masa ujian melukis. Tapi pensyarah tu suruh stop buat ujian kreativiti pula. Pensyarah tu akan bagi hampa kertas untuk ujian kreativiti.
Temuduga Uitm Seni Lukis Dan Seni Reka
Dia akan bagi kertas. Kat kertas tu ada 6 garisan contohnya garisan lingkaran, garisan macam bukit tapi tajam 😅 dan lain2. Hampa kena sambung garisan tu jadi objek. Tak kisah 6 garisan jadi 6 bentuk objek atau 6 garisan jadi 1 bentuk objek (maksudnya hampa sambung 6 garisan jadi 1 objek atau setiap garisan hampa jadikan 1 objek).
Faham tak hahah.. Lepas tu pensyarah tu akan bagi hampa 1 lagi borang untuk diisi.. Kat borang tu hampa kena isi keputusan spm, nama dan lain2. Yang paling penting dia akan suruh hampa isi kos yang hampa nak.Ok, dalam seni lukis dan seni reka ni ada 9 bidang seni/kos yang hampa boleh pilih.. Hampa kena isi 1 sampai 9.
Kalau tak silaplah. Haha. Dan setiap bidang/kos seni ni belajar kat uitm yang berbeza.. Contohnya seni halus cuma belajar kat uitm perak, sarawak, melaka, kelantan, dan shah alam(tak pasti betul tak). Macam aku, aku memang minat seni halus. Jadi aku letaklah no.1 seni halus. no.2 fotografi no.3 fesyen
Art And Design Kolej Shahputra Uitm: Program Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka Program Usahasama Uitm Kolej Shahputra (rekaan Fesyen)
Lepas habis isi borang semua depa akan bagitau hampa untuk pi ke blok lagi 1(kena bawa kertas yang ujian melukis, ujian kreativiti dengan borang tadi, kena stapler.) (nanti depa akan tunjuk blok tu) untuk di temuduga. Masa ni aku pi teman kawan aku (kawan baru) pi tengok no. Panel dia sebab dia mai lambat. So lepas tu baru kami (aku dengan kawan baru) pi kat blok 1 lagi tu. Masa tu aku dgn kawan aku duduk kat luar. Kena tunggu nama di panggil untuk temuduga.. Aku ambil masa tu, untuk siapkan lukisan aku (masa ujian melukis yang tak sempat siap) (curi2 lukis) sampai habis. Kawan baru aku pun siapkan ujian kreativiti dia.
Lepas kami dah siap buat tiba2 ada pensyarah tu cakap kertas tu kena hantar masa first2 sampai kat blok tu, baru nama kena panggil untuk ditemuduga. Aku dengan kawan aku terkejutlah.. Sebab orang kat sebelah kami tu pun duk pegang kertas tu tak hantar lagi. Jadi aku dengan kawan aku pun cepat2 lah hantar kertas tu takut kena intetview lambat. Mula2 pensyarah tu kata tunggu dulu. Lepastu ada makcik tu kata kena duduk kat dalam bilik tu. Aku dengan kawan aku pun masuk lah bilik tu. Rupa2nya ramai gila orang kat dalam bilik tu tunggu giliran. Aku dengan kawan aku ingat kena tunggu kat luar. Sebab masa dia panggil orang nak diinterview tu dia panggil kat luar. Rupa2nya dia panggil dua2, dalam dengan luar. Aku dengan kawan aku tunggu kat dalam (ada aircond. Haha). Lepas nampak pensyarah cepat2 aku dengan kawan aku hantar kertas tu(kertas ujian melukis, ujian kreativiti dan borang). Nasib baik takpa.
Aku dengan kawan aku ditakdirkan hantar lambat mungkin sebab Allah nak tolong kami siapkan lukisan kot.. Aku tunggu dalam bilik tu lama gila.. Kat dalam tu lah nak buat kawan baru semua. Tak lupa juga tukar nombor whatapps. Haha. Kat dalam tu juga lah masa aku nak practise jawab semua.(Belajar bercakap) Dan tak lupa juga aku untuk berdoa agar semuanya dipermudahkan.
Perkembangan Seni Visual Di Malaysia
Agak lama menunggu, perasaan mengantuk, penat semua ada.. Dalam pukul 2.00 petang nama kawan aku dipanggil. Lepas 5 minit nama aku pula kena panggil untuk di interview. Perasaan lega sebab nama dipanggil tapi dalam masa yang sama nervous. Hahah.. Depa bagi kertas yang aku hantar tadi tu kat aku balik. Sempat aku tengok markah aku. Ujian melukis aku dapat 42/50. Ujian kreativiti aku dapat 22 taktau per berapa (per 25 atau 30 kot) Mulanya aku diminta pergi ke pensyarah ni. Pensyarah ni mintak aku borang salinan yang kena print dan fotostat tu untuk dia semak. Lepastu, dia suruh aku pi kat meja tepi tu untuk ambil kertas yang ada nama aku mengikut no panel. Aku pun ambillah kertas yang ada nama aku kat tempat panel 17. Then dia suruh aku ke meja belakang tu untuk di temuduga..
Panel: Awak pilih seni halus sebagai pilihan pertama dan fotografi sebagai pilihan kedua kan.. Kalau awak di tempatkan di uitm dalam bidang fotografi adakah awak akan terima.
Sambil tu aku bagi fail artwork aku dengan folio seni. Dia kata dia taknak folio seni. Dia nak tengok artwork ja. So, aku pun bagilah artwork aku. Panel cakap lepas tengok artwork aku.
Program Tunas Ilham Di Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (uitm) Alor Gajah
Habis jangan lupa cakap Terima Kasih.. Lepastu aku boleh balik. Kawan aku ada juga yang kena buat ujian buta warna. Tapi aku tak payah. Tak tau kenapa.
Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Soalan2 tu mudah bagi aku sebab aku dah study sebelum ni. So, hampa jangan lupa study.. Ada juga aku baca dari senior2 sebelum ni kena interview dalam bahasa inggeris.. Nasib hampalah.. Haha.. Tapi kalau hampa dapat interview kat uitm merbok aku rasa kebanyakannya tanya bahasa melayu.
Tu ja yang aku boleh aku kongsikan.. Terima kasih sudi baca. Good Luck untuk temuduga hampa. Aku doakan hampa dapat buat dengan terbaik untuk interview hampa.
Aten Ke Menara Gading!
Satu soalan yang berada di minda aku masa aku mula-mula taip diploma dalam bidang seni halus kat upu dulu. ialah.. Berapa tahun diploma dalam bidang seni? Haha.. Jawapannya.. 5 semester = 2 tahun setengah..
Assalamualaikum.. Harini, saya Nak share sikit tentang kerjaya kalau ambik fine art Ini Jawapan kepada orang yg Tanya ambik kos fine art Nanti Nak kerja apa? Ni saya dah senaraikan antara pilihan kerjaya yg saya tau. Setakat saya bljr fine art. Dan banyak lagi sebnarnya. Cuma mungkin saya taktau istilah dia atau pekerjaan tu. 1)artist 2)sculptor 3)printmaker 4)ceramic artist 5)grafik artist 6)kurator 7)cikgu seni 8)pensyarah 9)illustrator 10) painter 11)editor 12)animator Dan banyak yg tanya, tak takut ke kalau tak dpat kerja. Atau pelukis ni menjamin ke masa depa? gaji tinggi tak? Jgn risau pada yg minat seni